Isu video: Ustaz Abu Syafiq tegur Sharnaaz

Isu video: Ustaz Abu Syafiq tegur Sharnaaz

PENCERAMAH Bebas, Ustaz Abu Syafiq menegur pelakon Sharnaaz Ahmad kerana didakwa melontarkan kenyataan salah mengenai dirinya dalam rakaman video artis itu, tahun lalu.

Abu Syafiq berkata, beliau baharu membangkitkan isu berkenaan kerana tidak menyedari kewujudan video itu yang didakwa ada kaitan dengan Pendakwah Bebas, Ebit Lew.

Menurut Abu Syafiq, pelbagai makian dan ugutan diluahkan Sharnaaz dalam video itu adalah disebabkan salah faham pelokom itu terhadap dirinya.

“First saya baru sahaja diberikan video makian Sharnaaz Ahmad terhadap diri saya. Pelbagai makian dan ugutan diluahkan olehnya terhadap diri saya secara salah.

“Walaupun ia video tahun lepas namun saya baru tahu tadi. Sebab saya tidak follow ramai artis Malaysia sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, tujuannya membangkitkan perkara itu kerana mahu memperbetulkan salah faham yang berlaku.

“Bro @sharnaazahmad ketahuilah saya tidak pernah halang Ustaz Ebit Lew buat benda baik dan kebajikan saya juga tidak pernah kata beliau riak atau tidak ikhlas.

“Namun fitnah itu dibuat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab. Saya juga telah filekan beberapa saman di Mahkmah dan semua sedang berjalan serta repot-repot polis. Saya juga telah jelaskan hal ini dalam banyak tulisan saya,” katanya.

Sehubungan itu, Abu Syafiq meminta Sharnaaz memahmi bahawa isu fitnah boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja.

“Saya dengan ini memohon agar saudara @sharnaazahmad memahami fitnah boleh berlaku keatas sesiapa sahaja sehingga mungkin tindakan boleh diambil keatas sesiapa yang termakan fitnah dan melakukan ugutan.

“Diakhir ini saya doakan saudara sentiasa sihat dan bahagian dunia akhirat,” katanya.

Mei tahun lalu, Abu Syafiq memfailkan tuntutan ganti rugi berjumlah RM1 juta terhadap pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris.

Konflik di antara mereka tercetus apabila Amin, 39, memuat naik status di laman sosial membabitkan isu dengan Ebit yang dianggap menjatuhkan reputasi Abu Syafiq sehingga beliau mengambil tindakan ini.

Bagaimanapun Amin enggan meminta maaf dan tidak mahu membayar ganti rugi yang diminta. – Malaysiapost

Komen