Lebih 15 juta penduduk Malaysia sudah divaksin

Lebih 15 juta penduduk Malaysia sudah divaksin

JUMLAH pemberian vaksin Covid-19 di Malaysia kini melebihi angka 15 juta apabila 15,071,814 dos diberikan setakat ini.

Ia melibatkan 10,301,905 individu yang menerima dos pertama manakala 4,769,909 individu telah melengkepkan dos kedua.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata sebanyak 299,593 dos diberikan semalam iaitu 204,064 individu menerima dos pertama dan 95,529 individu lagi menerima dos kedua.

Lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 107,444 orang, disusuli Kuala Lumpur (69,493), Sarawak (46,606), Johor (28,050), Pulau Pinang (14,630),” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini. – Malaysiapost

Komen