Sejarah hitam terlakar, 199 kes kematian Covid-19 hari ini

Sejarah hitam terlakar, 199 kes kematian Covid-19 hari ini

MALAYSIA melakar sejarah hitam hari ini apabila merekodkan jumlah kematian akibat Covid-19 paling tinggi iaitu sebanyak 199 kes sepanjang pandemik ini melanda negara.

Menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia sekali gus menjadikan kes kematian keseluruhan direkod di Malaysia ialah sebanyak 7,440 kematian.

Sementara itu seramai 927 pesakit Covid-19 masih dirawat di unit rawatan rapj (ICU), manakala 459 memerlukan alat bantuan penafasan.

Hari ini Malaysia merekodkan jangkitan harian Covid-19 sebanyak 11,985 kes positif baharu, manakala 7,902 pesakit telah disahkan sembuh.

Secara keseluruhannya, bilangan kes positif Covid-19 di Malaysia kian mencecah 1 juta kes dan setakat hari ini jumlah kumulatif ialah 951,884 kes. – Malaysiapost

Komen