Wartawan sedih kakak meninggal dunia, diri ‘bertarung’ dengan Covid-19

Wartawan sedih kakak meninggal dunia, diri ‘bertarung’ dengan Covid-19

DIJANGKITI Covid-19 termasuk diuji kehilangan orang tersayang disebabkan wabak bahaya itu bukan sesuatu yang mudah untuk diterima.

Itulah kisah tragis yang dilalui Wartawan Malaysiakini, Fakhrull Halim yang berkongsi kisah kehilangan kakak tersayang disebabkan Covid-19 pada 18 Julai lalu.

Fakhrull berkata, dia tidak berkesempatan untuk ‘menghantar’ arwah kakak sulungnya Masnilawati Halim di hari pengkebumian wanita itu, kerana dirinya sendiri sedang bergelut melawan pennyakit berkenaan.

“Disebabkan aku tak dapat dan tak larat nak reply semua wasap (Whataps) atau pm. Jadi di sini aku maklumkan, kakak sulung aku, Masnilawati Halim telah meninggal dunia pada 18 Julai kerana Covid. Urusan pengebumiannya selesai semalam.

“Kakakku dari Sepang, abang serta adikkku, Mak aku dan kakakku (dari Terenggganu) turut turun menghantar arwah pergi, tapi bagi suami arwah dan aku sendiri pula, kami sendiri terpaksa bergelut dengan Covid-19 yang begitu mengeringkan kudrat ini,” katanya dalam hantaran itu.

Menceritakan mengenai sosok arwah kakak sulungya, Fakhrull berkata, arwah adalah isteri, ibu anak dan kakak yang terpaling baik dalam keluarganya.

Katanya, pemergiannya wanita itu meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluarganya termasuk ibunya. Namun, katanya, sehingga kini dia ‘belum sempat’ meratapi kehilangan berkenaan disebabkan kondisi kesihatannya yang masih lemah.

“Isteri dan emak yang amat baik, anak yang tersangat baik, kakak yang terpaling baik. Tapi aku belum sempat pun nak betul-betul menangis meratapi pemergiannya. Air mata tumpah itu sudah pastinya,” tulisnya.

Fakhrull yang kini sedang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berkata, dia berkesempatan menemui ibunya sebelum dipindah ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut.

“Sebelum aku berpindah ke HUKM untuk rawatan lanjut, mak aku teringin betul nak bertemu muka dengan aku. Nampak muka aku aku, dia terus menangis. Aku hulur hujung kertas pada mak aku, dan aku cium hujung kertas satu lagi

“Sampai bergerak kereta ke Terengganu, mak aku masih menangis di tingkap,” tulisnya.

Ternyata ‘berperang ‘ dengan Covid-19 khususnya bagi pesakit yang berada di tahap kritikal bukan sesuatu yang mudah dan ia diakui Fakhrull.

Katanya, disebabkan jangkitan virus bahaya itu mukanya menjadi cengkung dan badannya lemah selain sukar untuk bergerak.

“Muka aku memang cengkung. Nak buat mcm mana? Aku berjalan beberapa langkah pun aku perlu berhenti kerana sesak naafas, kena duduk dan mengambil nafas beberapa ketika. Badan menggeletar teruk,” katanya.

Bagaimanapun, Fakhrull memaklumkan keadaan kesihatannya hari ini semakin baik namun masih memerlukan pemantau lanjut daripada doktor.

“Hari ini, keadaaan aku semakin baik. Tapi doktor mungkin masih nak pantau paru dan lain-lain hal. Harap boleh doakan aku dapat pulih cepat-cepat ya. Amiin..,” tulisnya. – Malaysiapost

Komen