446,052 individu terima dos suntikan vaksin Covid-19 semalam

446,052 individu terima dos suntikan vaksin Covid-19 semalam

SEBANYAK 446,052 dos vaksin Covid-19 diberikan diseluruh negara semalam, melibatkan 282,980 penerima dos pertama serta 163,072 melengkapkan dos kedua.

Secara keseluruhan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi infografik yang dikongsi di Twitternya memaklumkan setakat ini sebanyak 15,517,866 dos telah diberikan.

“Jumlah yang terima dos pertama ialah 10,584,885 orang manakala 4,932,981 orang telah terima dos kedua,” katanya.

Lima negeri mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor (89,183), Kuala Lumpur (47,866), Johor (35,145), Sabah (23,188) dan Sarawak (15,912). – Malaysiapost

Komen