PM ucap Selamat Hari Sarawak

PM ucap Selamat Hari Sarawak

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat negeri itu.

Beliau berkata, sambutan itu pastinya amat bermakna kepada rakyat Sarawak kerana pada tarikh ini 58 tahun lalu, Sarawak secara rasmi mula ditadbir oleh anak Sarawak sendiri.

“Saya yakin Hari Sarawak akan tetap diraikan dengan penuh makna mengikut cara dan konsep tersendiri biarpun tanpa aktiviti bersemuka dan berkumpul ekoran pandemik Covid-19.

“Selamat Hari Sarawak 2021. Sarawak Gemilang Untuk Semua,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Hari Sarawak diraikan bagi memperingati tarikh penyerahan pentadbiran negeri itu kepada anak watan Sarawak oleh penjajah British pada 22 Julai 1963.

Pada 23 April 2016, cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak diisytihar oleh Ketua Menteri ketika itu, Tan Sri Adenan Satem. – Malaysiapost

Komen