Syed Saddiq tiba di mahkamah, didakwa di Mahkamah Sesyen Rasuah

Syed Saddiq tiba di mahkamah, didakwa di Mahkamah Sesyen Rasuah

Nilam Oshman

BEKAS Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, jam 9 pagi tadi.

Syed Saddiq Abdul Rahman tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, jam 9 pagi tadi.

Beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Rasuah atas satu pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM1 juta dan satu pertuduhan lain.

Beliau hadir berpakaian sut hitam dan disambut beberapa pemimpin pembangkang termasuk Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh serta Ahli Parlimen Pantai, Fahmi Fadzil.

Syed Saddiq Abdul Rahman tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, jam 9 pagi tadi.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar dijangka berhadapan dua pertuduhan mengikut Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah jenayah.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar dijangka berhadapan dua pertuduhan mengikut Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan

Media sebelum ini melaporkan keseluruhan penyelewengan yang dianggarkan berjumlah RM1.12 juta adalah membabitkan wang milik parti politik yang mana beliau adalah ketua pemudanya.

Beliau juga dijangka dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, dalam masa terdekat.

Beliau juga dijangka dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, dalam masa terdekat.

Siasatan ke atasnya telah dijalankan sejak Jun 2020 susulan kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya.

Beliau sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya itu adalah wang peribadi milik beliau dan ibu bapanya. – Malaysiapost

Komen