Doktor kontrak lancarkan mogok, keluar daripada hospital

Doktor kontrak lancarkan mogok, keluar daripada hospital

Sharifudin Abdul Rahim

HAMPIR 50 doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini melaksanakan hartal atau mogok bagi menuntut hak peluang kerjaya adil dan faedah yang sama seperti doktor berjawatan tetap.

Difahamkan, hartal berkenaan bermula jam 11 pagi dengan sekumpulan doktor berkenaan berarak keluar daripada bangunan HKL bagi menunaikan Gerakan Hartal Doktor Kontrak.

Penganjuran hartal itu turut dikawal kira-kira 30 pegawai polis.

Doktor-doktor kontrak tunjuk perasaan pada Hartal Doktor Kontrak di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi hari ini.

Selain HKL, difahamkan hampir 20 hospital utama hari ini turut melaksanakan hartal berkenaan di seluruh negara.

Seorang doktor kontrak yang enggan dikenali berkata, hartal berkenaan bukan satu penentangan, tetapi bagi menuntut hak golongan itu untuk mendapatkan faedah sama seperti doktor berjawatan tetap.

Sementara itu, memetik laporan portal FMT, di Hospital Bersepadu MAEPS, doktor melakukan mogok dari dewan masing-masing, mengangkat sepanduk tertera tanda pagar #hartal, #contract dan #Justice4juniorDRS.

Doktor-doktor kontrak tunjuk perasaan pada Hartal Doktor Kontrak di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta doktor kontrak tidak menyertai demonstrasi yang dijadualkan hari ini sehingga meninggalkan tanggungjawab terhadap pesakit.

Beliau berkata, tindakan menyertai demonstrasi itu umpama mempertaruhkan nyawa pesakit dan memberi kesan kepada kerjaya doktor kontrak yang terlibat.

Sebelum ini, gerakan Hartal Doktor Kontrak merancang untuk keluar beramai-ramai daripada fasiliti kesihatan tempat mereka bekerja di seluruh negara tepat jam 11 pagi Isnin.

Doktor-doktor kontrak tunjuk perasaan pada Hartal Doktor Kontrak di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi hari ini.

Ia sebagai bantahan kerana tuntutan mereka untuk diserapkan ke jawatan tetap tidak dipenuhi. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen