Covid-19: 165 lagi kematian hari ini

Covid-19: 165 lagi kematian hari ini

SEBANYAK 165 kes kematian Covid-19 dicatatkan hari ini, sekali gus menjadikan 9,024 jumlah keseluruhan kes kematian akibat virus berkenaan di Malaysia setakat ini.

Sementara itu, data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, sebanyak 11,718 kes sembuh dilaporkan sekali gus mencatatkan lima hari berturut-turut jumlah pesakit sembuh melebihi 10,000 orang.

Jumlah kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah 11,718, menjadi jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 914,638.

Kes positif Covid-19 hari ini pula adalah yang paling tinggi yang pernah direkodkan di Malaysia iaitu sebanyak 17,786 kes dan menjadikan keseluruhan kes sehingga kini adalah 1,113,272 kes.

Berdasarkan kes baharu yang dicatatkan hari ini, 17,777 adalah kes tempatan manakala sembilan lagi membabitkan kes import.

Pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini pula adalah 1,062 kes dengan 534 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

Komen