Ebit Lew hadiah bas kepada HTAR

Ebit Lew hadiah bas kepada HTAR

BIARPUN dilanda beberapa isu panas yang mengaitkan nama baiknya, pendakwah bebas Ebit Lew tetap meneruskan kerja-kerja amal termasuklah menghadiahkan sebuah bas kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang hari ini.

Menurut Ebit, sumbangan bas tersebut adalah bagi memudahkan pihak hospital membawa pesakit Covid-19 yang perlu dipindahkan ke mana-mana pusat kuarantin.

“Terima kasih Allah. Terima kasih semua saudaraku tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan rasa rendah diri dan syukur dapat kami hadiahkan bas untuk Hospital Klang (HTAR).

“Masa hantar bas diserahkan dengan geran pada hospital tadi banyak nampak van jenazah di hospital.

“Usaha kecil ini berbanding usaha ramai orang lain sama ada kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau persendirian lain yang lebih jauh ke depan membantu,” tulisnya di hantaran Facebook, hari ini.

Jelas Ebit, Timbalan Pengarah HTAR dan doktor bertugas di hospital tersebut berbesar hati menerima pemberiannya itu.

“Sebenarnya kami yang berterima kasih atas jasa tuan puan semua petugas barisan hadapan. Allah sahaja yang membalasnya.

“Mudah-mudahan pemberian bas ini dapat meringankan sikit beban hospital ini. Terima kasih sahabat semua,” ujarnya. – Malaysiapost

Komen