Lelaki terbaring tepi jalan disahkan mati akibat Covid-19

Lelaki terbaring tepi jalan disahkan mati akibat Covid-19

LELAKI yang ditemui terbaring di tepi Jalan 3, Pekan Tanjung Sepat di Kuala Langat pada Rabu lalu disahkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, anggota yang bertugas di Balai Polis Tanjung Sepat telah menerima aduan awam mengenai seorang lelaki yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 5 petang.

“Pihak polis kemudiannya menghubungi pegawai kecemasan Klinik Kesihatan Tanjung Sepat untuk bantuan ambulans ke lokasi kejadian.

“Pegawai tersebut mengesahkan lelaki tempatan berusia 53 tahun itu telah meninggal dunia.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk proses bedah siasat dan mendapati sebab kematiannya adalah akibat Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video memaparkan dua petugas kesihatan yang memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dengan sebuah ambulans sedang memeriksa seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di tepi jalan. – Malaysiapost

Komen