Olimpik Tokyo: Aaron-Wooi Yik sumbang pingat pertama buat Malaysia

Olimpik Tokyo: Aaron-Wooi Yik sumbang pingat pertama buat Malaysia

MALAYSIA hari ini merangkul pingat pertama Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi gandingan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang meraih gangsa selepas menewaskan pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan sebentar tadi.

Pada aksi penentuan pingat gangsa yang berlangsung di Musashino Forest Sports Plaza itu, Aaron-Wooi Yih menampilkan aksi cukup bertenaga untuk mencatat kemenangan 17-21, 21-17, 21-14.

Lebih membanggakan, kemenangan itu turut menyaksikan mereka berjaya menebus kekalahan kepada gandingan nombor dua dunia itu dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

Untuk makluman, pencapaian itu merupakan kemenangan kedua yang dilakar Aaron-Wooi Yik ke atas Ahsan-Setiawan selepas bertemu sebanyak sembilan kali termasuk aksi malam ini. – Malaysiapost

Komen