19,819 kes Covid-19 hari ini, tertinggi pernah dicatatkan

19,819 kes Covid-19 hari ini, tertinggi pernah dicatatkan

KES baharu Covid-19 di Malaysia buat pertama kalinya menghampiri angka 20,000 apabila mencatatkan 19,819 kes menjadikan keseluruhan jangkitan kini terus melonjak kepada 1,183,110 kes.

Ia angka tertinggi direkodkan sejak wabak itu melanda negara.

Sebelum ini, kes tertinggi yang pernah dicatatkan di Malaysia adalah 17,786 kes pada 31 Julai lalu.

Berdasarkan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya hari ini, Selangor mencatatkan 8,377 kes baharu, tertinggi pernah direkodkan di negeri itu.

Kuala Lumpur pula mencatatkan 2,467 kes, diikuti Kedah (1,371), Johor (1,162), Kelantan (1,003), Sabah (949), Pulau Pinang (867) dan Negeri Sembilan (800).

Perak pula mencatatkan 662 kes, seterusnya Pahang (558), sarawak (552), Melaka (508), Terengganu (481), Putrajaya (46), Perlis (11) dan Labuan dengan lima kes. – Malaysiapost

Komen