257 kematian Covid-19, tertinggi pernah direkodkan

257 kematian Covid-19, tertinggi pernah direkodkan

MALAYSIA sekali lagi mencatatkan kematian paling tinggi dengan 257 kes hari ini, sekali gus menjadikan 9,855 jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di negara ini.

Sebelum ini, Malaysia mencatatkan kematian paling tinggi pada 2 Ogos lalu dengan 219 kes.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), jumlah kes sembuh hari ini adalah 12,705 menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 962,733.

Kes positif Covid-19 hari ini turut merekod angka paling tinggi dengan 19,819 kes dan menjadikan keseluruhan kes sehingga kini adalah 1,183,110 kes.

Berdasarkan kes baharu yang dicatatkan hari ini, 19,796 adalah kes tempatan manakala 23 lagi membabitkan kes import.

Pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 1,069 kes dengan 553 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

Komen