Azhar bukan kekasih Dhabitah

Azhar bukan kekasih Dhabitah

PEMAIN bola sepak Perak FC, Azhar Apandi menjelaskan hubungannya bersama penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri sudah lama berakhir.

Justeru, dia meminta agar semua pihak tidak mengaitkannya dengan atlet negara itu lagi.

“Awak-awak (peminat) semua saya dah lama tak ada kena mengena dengan si dia (Dhabitah), jadi tolonglah hormat saya dengan si dia okay.

“Harap korang semua faham okay. Love u guys,” katanya menerusi Instastory di Instagram miliknya.

Spekulasi itu tercetus selepas penerjun berusia 22 tahun berasal dari Kuala Lumpur itu membuat pengakuan dalam satu temuramah dengan stesen radio tempatan berkaitan kehidupan peribadinya.

Walaupun mulanya teragak-agak untuk menjawab soalan itu, Dhabitah menjelaskan dia kini single but not available (bujang tapi sudah berpunya).”

Terdahulu, Dhabitah terlepas peluang meraih pingat selepas menduduki tangga keempat dalam saingan final acara 3 meter terjun papan anjal wanita, Sukan Olimpik Tokyo, baru-baru ini. Malaysiapost

Komen