Kemelut politik akibat desakan campuri urusan mahkamah, bebaskan individu tertentu – Muhyiddin

Kemelut politik akibat desakan campuri urusan mahkamah, bebaskan individu tertentu – Muhyiddin

KEMELUT politik yang melanda negara sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata mereka kurang senang dengan ketegasan beliau tidak melayan beberapa tuntutan termasuk desakan supaya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

“Saya juga telah dituduh menderhaka kepada Raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.

“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan Negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan.

“Saya doakan agar rakyat dan negara kita terus dilindungi oleh Allah s.w.t dan kepada-Nya jua lah kita berserah,” katanya dalam perutusan khas di Putrjaya hari ini. – Malaysiapost

Komen