Public Health Malaysia: Makan kulit ayam dedah penyakit kronik

Public Health Malaysia: Makan kulit ayam dedah penyakit kronik

MEREKA yang gemar memakan kulit ayam mungkin boleh mengubah tabiat pemakanan mereka kepada corak lebih sihat.

Ini kerana menerusi perkongsian infografik di Facebook Public Health Malaysia menunjukkan makan kulit ayam secara berlebihan mendedahkan risiko penyakit darah tinggi dan jantung selain berat badan mudah naik.

Menurutnya, kulit ayam menakung kalori dan lemak tepu.

Agensi itu menjelaskan bagi setiap 100 gram kulit ayam, ia mengandungi 435 kalori manakala 180 miligram kolestrol dan 11.80 gram lemak tepu.

Baru-baru ini sebuah rangkaian restoran makanan segera terkenal mempromosikan hidangan kulit ayam goreng rangup, dengan harga bermula RM5.99. – Malaysiapost

Komen