“Saya tidak boleh komen” – Speaker

“Saya tidak boleh komen” – Speaker

SPEAKER Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun enggan mengesahkan surat tular berhubung dakwaan beliau mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti sebagai Perdana Menteri.

Azhar berkata, beliau tidak dapat memberi ulasan berkaitan isu berkenaan terutama melibatkan Istana Negara.

“Maaf, saya tak boleh komen mengenai komunikasi rasmi saya, lebih-lebih lagi kalau dengan pihak Istana,” katanya kepada Malaysiapost menerusi aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, berdasarkan surat yang tular itu, Azhar didakwa memaklumkan kepada Istana Negara bahawa Muhyiddin kini hanya memiliki 100 sokongan di Parlimen.

Surat kepada Istana Negara itu dikatakan sebagai menjawab warkah Yang di-Pertuan Agong mengenai kedudukan sokongan terhadap kerajaan, selain bagi mendapatkan status terkini bilangan Ahli Dewan Rakyat yang menyokong kerajaan. – Malaysiapost

Komen