Beberapa lokaliti di Sabah, Pahang diarah laksana PKPD

SEMBILAN lagi lokaliti di Sabah dan Pahang diarah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari berkuatkuasa 16 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, bagi Sabah, ia membabitkan Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya, Tawau; Kampung Paka Kawiyan dan Kampung Matupang, Ranau; Perumahan Ladang Excellent Challenger II, Beluran; Kampung Sembirai Lebak Engad, Kota Belud dan Kampung Tuhau, Matunggong, Kudat.

Selain itu, beliau berkata, Blok G, H, K, L, Megalong dan Kawasan Perbandaran Donggongan Fasa Dua dan Pekan Donggongan di Penampang.

“Bagi Pahang pula Kampung Orang Asli Terisu, Pos Terisu, Cameron Highlands.

“Ketetapan ini dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights