Covid-19: Pesakit di ICU meningkat
PESAKIT Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat kepada 1,096 orang berbanding berbanding 1,075 orang semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 540 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes kematian pesakit Covid-19 hari ini merekodkan 260 kes, sekali gus jumlah kematian meningkat kepada 12,228 kes.
“Sebanyak 260 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 77 kes di Selangor, 56 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 50 kes di Johor, 18 kes di Perak, 16 kes di Negeri Sembilan, 14 kes di Kedah, 10 kes di Sabah, lapan (lapan) kes di Melaka, lima kes di Terengganu, masing-masing dua kes di Pulau Pinang dan Kelantan serta masing-masing satu kes di Sarawak dan Pahang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, sebanyak 17,655 kes Covid-19 yang sembuh hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 1,128,183. – Malaysiapost