Pejuang kekal berprinsip, tolak tawaran Muhyiddin – Mukhriz

PARTI Pejuang Tanahair (Pejuang) akan terus kekal berprinsip dengan dengan tegas menolak tawaran Tan Sri Muhyyiddin Yassin semalam.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata tawaran itu ibarat rasuah jawatan demi mendapatkan sokongan yang hanya menguntungkan Muhyiddin.

“Sudah terang lagi bersuluh, ini usaha terdesak Muhyiddin bagi mengekal kuasa dengan cara yang cukup tidak bermaruah.

“Beliau tidak berhak membuat tawaran seperti itu kalaupun mempunyai keabsahan sebagai Perdana Menteri, apatah lagi setelah hilang sokongan majoriti.

“Muhyiddin sepatutnya menghormati Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan.

Semalam Muhyiddin mencadangkan persefahaman rentas parti untuk membentuk kerajaan bi-partisan.

Sehubungan itu beliau mengemukakan tujuh cadangan sekiranya usul undi percaya kepada Perdana Menteri diluluskan secara bi-partisan di Dewan Rakyat dengan majoriti melebihi dua pertiga.

Antaranya, Ketua Pembangkang akan diberi saraan dan kemudahan setara dengan Menteri Kanan, selain memastikan jumlah Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen lebih seimbang. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights