Pemberian dos vaksin kini hampiri 27 juta

JUMLAH pemberian vaksin Covid-19 di Malaysia setakat ini ialah 26,851,765 dos dengan pemberian 462,860 dos dilaporkan semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata jumlah penerima dos pertama ialah 16,707,566 individu dan daripada jumlah itu 10,144,199 individu telah terima dos kedua.

Mengikut peratusan, 71.4 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama, manakala 43.3 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter.

Sementara itu, berdasarkan data dan infografik yang dikongsinya, seramai 162,182 individu menerima dos pertama dan 300,678 individu lagi menerima dos kedua semalam.

“Pemberian vaksin tertinggi setakat ini adalah Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang merekodkan 6,390,825 penerima dos pertama dan 3,860,450 penerima lengkap dua dos,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights