Amanah Terengganu buat laporan polis terhadap PM

LAPORAN polis terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat oleh ahli

PARTI Amanah Negara (Amanah) Terengganu hari ini membuat laporan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Balai Polis Kuala Terengganu.

Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata pihaknya membuat laporan itu kerana Muhyiddin didakwa cuba memberi sogokan kepada Ahli Parlimen dalam siaran langsung di televisyen pada 13 Ogos lalu.

Menurutnya, kenyataan yang dibuat pemimpin negara secara terbuka itu jelas menawarkan pelbagai tawaran politik dan imbuhan kepada Ahli Parlimen yang menyokongnya.

“Kenyataan Muhyiddin secara terbuka dan terang-terangan menawarkan pelbagai tawaran politik dan imbuhan kepada Ahli Parlimen pembangkang dengan tujuan menyokong beliau untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

“Ia satu bentuk sogokan yang jelas menyalahi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru, beliau menggesa polis dapat membuat siasatan segera terhadap pemimpin negara itu yang dilihat boleh memudaratkan demokrasi berparlimen dan menghina keluhuran perlembagaan negara. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights