Kedai gunting rambut, cuci kereta antara 11 aktiviti dibenar beroperasi semula dalam Fasa 1

KERAJAAN hari ini bersetuju membenarkan 11 jenis aktiviti ekonomi kembali beroperasi dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan dibuat setelah mengambil kira data penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Ia juga telah dibincangkan dengan semua pemegang taruh dalam sektor-sektor berkepentingan.

Berikut ialah 11 jenis aktiviti yang dibenarkan kembali beroperasi:

  1. Kedai cuci kereta
  2. Kedai elektrik dan elektronik
  3. Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
  4. Kedai perabot
  5. Kedai peralatan sukan
  6. Kedai aksesori kereta
  7. Pusat pengedaran dan jualan kereta
  8. Pasar pagi dan pasar tani sahaja
  9. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
    10.Kedai barang kemas
    11.Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas
    sahaja)

Perdana Menteri berkata, bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas; serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja) – terdapat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi.

“Ia termasuklah memakai sarung tangan, menghadkan masa urusan antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan
penggunaan fitting room.

“SOP-SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan,” katanya.

Muhyiddin berkata pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 (digital certificate Covid-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

“Sekali lagi diingatkan, maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights