‘Kita bincang macam-macam’ – Peja

‘Kita bincang macam-macam’ – Peja

MESYUARAT Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu hari ini membincangkan pelbagai perkara, antara lain

“HARI ini kita bincang macam-macam perkara,” kata Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kepada media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di ibu negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat hari ini turut membincangkan mengenai kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ahmad Faizal bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri hari ini.

“Saya tak boleh bercakap bagi pihak individu lain… tak bolehlah macam tu, tak adil. Saya tahu awak (media) kecewa kerana saya tak boleh nak cakap apa-apa,” katanya lagi.

Mesyuarat yang dipengerusikan Muhyiddin itu bermula kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Ia berlangsung ketika spekulasi Muhyiddin bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong esok, sebelum dijangka membuat pengumuman penting mengenai kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

Malaysiapost semalam melaporkan hayat kerajaan PN dijangka akan berakhir Isnin ini apabila Muhyiddin dikatakan “mengaku kalah” dan menerima hakikat telah hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Menurut sumber di Putrajaya, Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti PN dan menteri Kabinet petang semalam bagi menyatakan hasratnya untuk melepaskan jawatan.

Ia selepas tujuh tawaran yang dikemukakannya semalam bagi menyambung hayat kerajaan PN ditolak oleh pembangkang. – Malaysiapost

Komen