Krisis politik: Pemimpin pembangkang mesyuarat di pejabat Anwar

BEBERAPA ketua parti dan pemimpin Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bermesyuarat di Pejabat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya, Selangor petang tadi.

Mesyuarat tersebut dipercayai bagi membincangkan perkembangan politik semasa yang menyaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka meletak jawatan esok.

Utusan Malaysia yang memetik sumber berkata mesyuarat tersebut telah bermula dan beberapa pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad turut kelihatan.

“Difahamkan, lebih ramai pemimpin pembangkang akan hadir.

“Turut kelihatan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu,” katanya.

Pagi tadi, beberapa pemimpin Bersatu menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di Publika di Jalan Dutamas selepas desas-desus peletakan jawatan Muhyiddin.

Hotel Royale Chulan pula menjadi tumpuan petang tadi selepas ahli-ahli Parlimen Umno dikatakan berkumpul bagi menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights