Anak sulung Harussani meninggal dunia akibat Covid-19

ANAK sulung bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria, A Abdul Hakim Mazhar, 54, meninggal dunia awal pagi tadi akibat Covid-19.

Berita itu disahkan oleh adik bongsu Allahyarham A Abdul Hakim, Datuk Ahmad Wafi, 44, lapor Berita Harian.

Allahyarham A Abdul Hakim meninggal dunia jam 3.30 pagi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan tempat bapa mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat, Ipoh.

“Allahyarham meninggalkan empat anak masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 hingga 28 tahun,” katanya.

Mei lalu, Harussani, 82, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat Covid-19. – Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan.

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights