KEPUTUSAN Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, hari ini disambut baik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu, mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau pada negara sepanjang Perikatan Nasional (PN) memerintah.
Beliau bagaimanapun, menggesa supaya semua pihak bertenang dan berdoa agar Malaysia kembali bangkit dalam menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik Covid-19.
“Keputusan Tan Sri Muhyiddin untuk meletakkan jawatan hari ini disambut baik serta akan membuka ruang ke arah perubahan buat negara.
“Saya menggesa semua pihak untuk bertenang dan berdoa supaya Malaysia kembali bangkit kuat dalam menghadapi tantangan kesihatan dan ekonomi saat ini.
“Saya ucap terima kasih atas khidmat beliau pada negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.-Malaysiapost