Ismail Sabri hadir mesyuarat khas Kabinet bersama PM

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir mesyuarat khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Beliau tiba di Perdana Putra tepat jam 10 pagi tadi untuk menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut memasuki pekarangan bangunan berkenaan ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC.

Ismail Sabri yang merupakan Naib Presiden Umno antara pemimpin politik yang disebut-sebut sebagai Perdana Menteri baharu jika Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Muhyiddin dijangka menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara selepas selesai mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights