BUAT pertama kali sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac 2021, kenyataan media berkaitan pelaksanaan perintah itu dikeluarkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad.
Ia susulan peletakan jawatan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan seluruh anggota Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini.
Surat peletakan jawatan seluruh anggota Kabinet kerajaan PN tersebut diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sejak PKP mula dilaksanakan tahun lalu, kenyataan media harian mengenainya dikeluarkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan (Kluster Keselamatan).
Namun sejak awal bulan lalu, peranan itu diambil alih Hishammuddin susulan Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. – Malaysiapost