SEMUA Pengerusi Perhubungan Umno seluruh negara meminta kepimpinan dan pendokong parti itu merapatkan saf susulan perkembangan terbaharu politik negara ketika ini.
Dalam kenyataan bersama, 13 Pengerusi Perhubungan Umno menggesa seluruh kepimpinan dan pendokong parti itu di semua peringkat Umno Cawangan dan Bahagian untuk terus bersatu, bersetia serta mendokong kepimpinan pada setiap masa.
“Menggesa semua Ahli-Ahli Parlimen dan kepimpinan parti setiap masa untuk mematuhi dan mempertahankan sebarang keputusan parti selaras garis panduan diperuntukkan dalam Perlembagaan Umno,” kata kenyataan itu, hari ini.
Menurut kenyataan itu, semua ahli Umno juga diminta untuk terus istiqomah berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, peraturan dan tatasusila sebagai ahli Umno. – Malaysiapost