PAS harap momentum kerajaan PN diteruskan

PAS harap momentum kerajaan PN diteruskan

PAS berharap momentum kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu diteruskan dan tidak boleh diganggu gugat supaya negara dapat keluar daripada krisis pandemik dalam masa terdekat.

Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad berkata kerajaan PN yang dipacu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berusaha sedaya upaya menyelamatkan negara daripada wabak Covid-19.

“Hasilnya, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) semakin menunjukkan kejayaan dengan mencatatkan jumlah vaksinasi harian antara yang tertinggi di dunia.

“Kerajaan juga telah menempah lebih 87 juta dos vaksin yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.36 bilion buat negara. Begitu juga strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijangka dapat diselesaikan hujung tahun ini

“Sepanjang pentadbiran PN, lebih RM530 bilion telah diperuntukkan dalam lapan pakej ekonomi bagi menjaga kesihatan dan meneruskan kelangsungan hidup rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Muhyiddin dan seluruh anggota Kabinet kerajaan PN yang telah mencurahkan khidmat bakti. – Malaysiapost

Komen