PAS nafi keluar PN
PAS menafikan kononnya parti itu menarik sokongan dan keluar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan serta-merta.
Ia susulan tersebar satu poster kononnya kenyataan media PAS mengucapkan terima kasih kepada tan Sri Muhyiddin Yassin seterusnya menarik sokongan dan keluar daripada PN.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
“Palsu,” katanya dengan memuatnaik poster berita palsu tersebut.
Poster palsu itu antara mendakwa PAS sedia berunding dengan mana-mana parti politik bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang mempunyai majoriti kukuh serta stabil seiring Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – Malaysiapost