Semua ketua parti menghadap Agong tengah hari esok

SEMUA ketua parti politik dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok, dipercayai ada kaitan dengan perbincangan berhubung bakal Perdana Menteri kesembilan.

Perjumpaan itu dijangkakan turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

“Esok ada perjumpaan di Istana Negara antara ketua-ketua parti dengan Agong. Dua Speaker dijemput,” lapor Utusan Malaysia yang memetik sumber.

Hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau menyembah warkah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong setelah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Namun, Seri Paduka perkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai ‘caretaker’ sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights