Terus beri sokongan kepada Umno – Shahidan

PENGERUSI Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim, mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jemaah Menteri atas khidmat yang diberikan sepanjang Perikatan Nasional (PN) memerintah.

Ahli Parlimen Arau itu, turut berharap sokongan akan terus diberikan terhadap Umno dan berharap parti itu dapat kembali bersatu-padu.

“Terima kasih…TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin), Adham (Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba), KJ (Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi, Khairy Jamaluddin), H2O (Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein), Ismail Sabri (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan lain-lain menteri.

“Semoga sokongan kepada Umno berterusan. Semoga Umno berpadu. Kekuatan Umno adalah perpaduan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu semua menteri Kabinet kerajaan PN telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Perkara itu disahkan Khairy Jamaluddin menerusi Instastory di laman Instagram miliknya.

Sebelum itu, Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dipercayai untuk sembah maklum surat perletakan jawatan.

Muhyiddin hilang keabsahan sebagai Perdana Menteri selepas 15 ahli Parlimen Umno diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap PN dan dirinya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights