Tidak jaga kepentingan orang asli, Muhyiddin wajar letak jawatan

AHLI Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor menyifatkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletak jawatan kerana gagal menjaga Kepentingan dan kesejahteraan masyarakat Orang Asli.

Beliau berkata, perkara itu jelas dilihat melalui dasar dasar Kerajaan PN termasuk tiada plan pembangunan strategik dan hala tuju bagi membangunkan masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia.

Katanya, ia termasuk bagi menyelesai masaalah pendidikan, infrastruktur asas, ekonomi, pembangunan tenaga manusia, penyelesaian isu sosial dan tanahOrang Asli.

“Tidak melaksanakan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pembangunan Ekonomi Orang Asli (PKPEOA), sebagaimana model Majlis Amanah Rakyat (MARA) khusus untuk membangun ekonomi masyarakat Orang Asli,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan juga gagal melantik Ketua Pengarah JAKOA dari kalangan masyarakat Orang Asli Semenanjung walau dasar tersebut telah dipersetujui serta dibiar kosong melebihi enam bulan, susulan pengaruh ‘Little Napolean’ penjawat awam dalam kementerian.

“Tiada representsi masyarakat Orang Asli didalam kabinet yang tidak melambang Keperihatinan kerajaan kepada masyarakat Orang Asli Semenanjung.

“Adalah jelas pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan terhadap masyarakat Orang Asli Semenanjung adalah lebih amat baik zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN)/Umno berbanding pemerintah Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang sekadar memberi janji manis,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, sebagai Ahli Parlimen Orang Asli tunggalcselepas 64 tahun negara merdeka, Ramli menyaran dan masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia, agar kembali BN pada Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) nanti.

“Kerana telah terbukti ia adalah pilihan terbaik berbanding PH dan PN yang kita boleh lihat hanya menumpu lebih kepada politik memperkukuh kesinambungan kedudukan dan kepentingan mereka.

“…. daripada menjaga kepentingan dan kesejahteraan Masyarakat Orang Asli sebagaimana termaktub dalam perkara 8(5)c Perlembagaan Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: UMNO Online

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights