Tidak lagi bergelar menteri, Annuar daftar sebagai Sukarelawan Prihatin

Tidak lagi bergelar menteri, Annuar daftar sebagai Sukarelawan Prihatin

SUSULAN tidak lagi menjadi menteri Kabinet, Tan Sri Annuar Musa berkata beliau telah mendaftar sebagai Sukarelawan Prihatin kerana mahu membantu golongan gelandangan di ibu negara.

“Saya mahu terus membantu yang miskin, gelandangan dan mereka yang memerlukan. Esok saya mula Insya-Allah,” kata bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu menerusi ciapan di Twitter.

Annuar berkata selepas tidak lagi memegang jawatan menteri yang ‘dipinjamkan’ kepadanya, beliau akan terus membantu rakyat.

“Ya, tidak ada lagi pengiring, tiada lagi pengawal, tidak ada gaji lagi kerana semuanya “dipinjam” kepada saya.

“Apa seterusnya? Melayani rakyat seperti biasa,” katanya lagi.

Hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) berakhir hari ini selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta seluruh anggota Kabinet. – Malaysiapost

Komen