Umno sahkan menghadap Agong esok

PRESIDEN Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, esok.

Ia disahkan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dan dipercayai berkaitan dengan perbincangan mengenai bakal Perdana Menteri kesembilan.

“Presiden parti dengarnya dijemput mengadap ke Istana Negara petang esok,” katanya ringkas.

Dikatakan semua ketua parti politik akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara esok bagi membincangkan berhubung lantikan Perdana Menteri kesembilan.

Perjumpaan dijangka turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong menerima peletakan jawatan Tan Sr Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri serta-merta berkuat kuasa hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan baginda turut perkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai ‘caretaker’ sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights