BEBERAPA lokaliti di Sabah diarah untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari, bermula 19 Ogos ini.
Menerusi kenyataan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad, PKPD di Sabah melibatkan dua lokaliti di Kota Belud, iaitu di Kampung Kuala Abai dan Kampung Payas-payas.
Sementara itu dua lokaliti di Penampang iaitu Beverly Hills Fasa dan Regency Park, dua lokaliti di Sipitang iaitu di Kampung Iburu dan Kampung Meligan, serta di Taman Ria Height, Tawau turut diarah menjalani PKPD.
Kawasan Felda Sahabat 9 yang melibatkan Kompleks Baiduri Ayu dan Perumahan Pekerja Ladang Moynod 1, Beluran juga akan menjalani PKPD pada lusa.
Manakala Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Temerloh dan Ladang Selbourne, Mukim Gua, Lipis, Pahang juga diarah menjalani PKPD. – Malaysiapost