293 korban Covid-19 hari ini
MALAYSIA merekodkan 293 kes kematian akibat Covid-19 hari ini.
Berdasarkan data yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook, jumlah kes kematian akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini adalah 13,077 kes.
Sementara itu jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) ialah 1,054 orang, manakala pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan ialah 525 orang.
Kes pesakit yang sembuh pula merekodkan 16,468 dan jumlah keseluruhan yang sembuh ialah 1,179,046. – Malaysiapost