Annuar dakwa seorang Ahli Parlimen BN dapat sokongan majoriti jadi PM

AHLI Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan sekurang-kurangnya 111 wakil rakyat untuk menjadi Perdana Menteri.

BN masa ini mempunyai 42 wakil di Dewan Rakyat dan memerlukan 69 lagi sokongan ahli parlimen untuk mendapat jumlah itu.

Tanpa menamakan nama wakil rakyat terbabit, Annuar berkata perkara itu dipersetujui dalam perbincangan dengan ahli-ahli parlimen dan wakil parti sahabat.

“Kami amat terharu kerana sejumlah lebih 69 (ahli parlimen) yang diperlukan telah bersetuju memberi laluan dan sokongan hitam putih kepada seorang calon dari BN.

“Kami MP BN akan bertemu Pengerusi BN (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) malam ini utk sama-sama berbincang perkembangan yang baik ini,” katanya di Facebook.

Ketika ini pertemuan wakil rakyat BN sedang berlangsung di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur bagi membincangkan isu calon Perdana Menteri susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights