Bekas Pengarah Pengurusan Bukit Aman meninggal dunia

BEKAS Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, (HCTM) hari ini.

Perkhabaran sedih itu dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Timbalan KPN, Datuk Seri Mazlan Lazim dan seluruh warga PDRM menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham.

Allahyarham Datuk Sri Abdul Ghafar telah berkhidmat di dalam Pasukan selama 39 tahun sebelum menjalani persaraan wajib pada 20 Julai 2018.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Bukit Aman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan persint 20, Putrajaya.

Media sebelum ini melaporkan, Abdul Ghafar, 63, dimasukkan ke hospital itu sejak Khamis lalu meninggal dunia di hospital berkenaan jam 5.30 pagi tadi ketika dalam tidur. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights