Caprice kotakan janji, akan pulang ke Malaysia tak lama lagi

PENYANYI rap dan usahawan terkenal, Caprice yang lama berada di luar negara dalam misinya menyempurnakan bantuan kemanusiaan ke Gaza di Palestin, dijangka pulang ke Malaysia tidak lama lagi.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32, menerusi Instagramnya semalam.

“Yalla yalla yalla, we are going Amman to Ramallah. See you soon Malaysia,” tulisnya.

Caprice yang sebelum itu mencetus kontroversi perbalahan dengan pendakwah bebas, Ebit Lew, telah menyatakan pendirian untuk tidak pulang ke Malaysia sekiranya kerajaan sedia ada tidak bertukar.

Dia menyuarakan suara hatinya itu dalam satu sesi siaran langsung bersama rakan selebriti, Sharnaaz Ahmad sambil menangis kerana gagal menahan emosinya.

Caprice mendakwa, dia mempunyai rahsia besar yang tersimpan dan bimbang mengenai keselamatan dirinya.

Katanya lagi, terdapat mainan politik kotor, namun segalanya akan didedahkan lebih lanjut pada 21 Julai 2021, namun tiada sebarang pendedahan dibuat pada tarikh yang dijanjikan itu.

Semalam, hayat kerajaan PN berakhir selepas Yang di-Pertuan Agong perkenan menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Caprice dalam masa sama telah memuat naik beberapa status di Story Instagramnya yang berharap Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights