Che Ta beri keterangan kes fitnah

“SAYA sudah memberikan kerjasama yang baik terhadap siasatan polis,” jelas pelakon jelita, Rozita Che Wan, 50.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta berkata demikian selepas memberi keterangan selama empat jam dipercayai berhubung laporan polis dibuat oleh Azwan Ali terhadapnya di Balai Polis Travers, Brickfields, Kuala Lumpur.

Pelakon drama ‘Kiah Pekasam’ itu berkata, siasatan dilakukan bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang berjalan lancar dan masih menunggu proses selanjutnya.

“Saya sudah memberikan kerjasama yang baik terhadap siasatan polis. Saya memberikan keterangan seperti diminta.

“Jadi, saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Rozita turut ditemani suami yang juga pelakon, Zain Saidin ketika memberi keterangan terbabit.

Selain Che Ta, polis turut mengambil keterangan Zain dan pengurusnya, Afeeq Wahab bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Azwan yang dikenali sebagai Diva AA membuat laporan polis terhadap Che Ta atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah hingga merosakkan imej dan reputasinya sebagai anak seni.

Menerusi laporan polis yang dibuat, Azwan menyifatkan kenyataan yang ditujukan kepadanya sebelum adalah berunsur fitnah sehingga merosakkan reputasinya sebagai seorang penggiat seni. – Malaysiapost

Kredit Foto: mStar

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights