Dewan Ulamak PAS tak rela kompromi dengan kelompok kleptokrat

DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyambut baik ketegasan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak berkompromi dengan kelompok kleptokrat.

Ketuanya, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata kelompok tersebut cuba menganggu dan menggugat proses pentadbiran negara serta menginginkan penyalahgunaan kuasa berlaku.

Beliau turut melahirkan kekesalan terhadap kerakusan sesetengah pemimpin politik sehingga mendorong kepada peletakan jawatan Perdana Menteri dan Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Perbuatan mereka itu bagi mendapatkan kuasa tanpa mengira keresahan dan kesusahan yang sedang dihadapi rakyat dan ia juga membawa kepada suasana politik tidak stabil dan harmoni,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, beliau berkata, DUPP turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas sumbangan dan keringat yang dicurahkan sepanjang memimpin kerajaan PN selama hampir 18 bulan.

“Walaupun tempoh kepimpinan yang singkat, Tan Sri telah melakukan yang terbaik untuk manfaat negara dan rakyat khususnya dalam menangani pandemik Covid-19,” katanya.

“DUPP mendoakan segala sumbangan yang telah diberikan oleh Tan Sri serta seluruh jamaah menteri dan timbalan menteri diberkati dan diredhai Allah SWT. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights