Gerakan sedia khidmat guaman jika Najib saman Muhyiddin

PARTI Gerakan akan menyediakan khidmat guaman untuk membantu Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan jika disaman Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau berkata, Gerakan akan menghantar peguam-peguam tersebut dalam kalangan pemimpin-pemimpin parti yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang udang-undang.

“Saman fitnah yang akan difailkan oleh bekas Perdana Menteri itu adalah satu tindakan yang tidak wajar dan dilihat ia adalah satu perbuatan balas dendam.

“Ia adalah satu peluang yang diambil ke atas Muhyiddin Yassin setelah tidak lagi tidak ada kuasa sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, menerusi hantaran Facebook, Najib menggambarkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhyiddin dan Wan Saiful.

Beliau berkata, saman fitnah akan dikemukakan berkaitan dengan tuduhan bahawa terdapat pihak yang meminta kerajaan campur tangan berhubung kes mahkamah khususnya membabitkan Ahli Parlimen Pekan itu. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights