Kes Covid-19 di Sabah kembali melonjak, sifar jangkitan di Labuan

Kes Covid-19 di Sabah kembali melonjak, sifar jangkitan di Labuan

MALAYSIA merekodkan kes baharu Covid-19 di bawah angka 20,000 buat hari kedua berturut-turut.

Sebanyak 19,631 kes dilaporkan hari ini berbanding 19,740 kes semalam, menjadikan keseluruhan angka jangkitan meningkat kepada 1,444,270.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, Selangor mencatatkan 5,753 kes baharu, diikuti Sabah (2,103), Kedah (1,863) dan Kuala Lumpur (1,765).

Johor pula mencatatkan 1,309 kes, Pulau Pinang (1,275), Kelantan (1,268), Perak (1,101), Sarawak (835), Pahang (670), Melaka (623), Terengganu (498), Negeri Sembilan (490), Putrajaya (41) dan Perlis 37 kes.

Labuan sekali lagi mencatatkan sifar kes baharu, kali kedua dalam tempoh empat hari. – Malaysiapost

Komen