JUMLAH pemberian vaksin Covid-19 di Malaysia setakat ini ialah 28,312,631 dos dengan 501,776 dos diberikan semalam.
Menurut perkongsian infografik Majlis Keselamatan Negara (MKN), jumlah penerima dos pertama ialah 17,252,314 individu dan 11,060,317 individu telah terima dos kedua.
Mengikut peratusan, 73.7 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama, manakala 47.2 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka.
Sementara itu, seramai 175,874 individu menerima dos pertama dan 325,902 individu lagi menerima dos kedua semalam.
Pemberian vaksin tertinggi setakat ini adalah Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang merekodkan 6,508,470 penerima dos pertama dan 4,246, 315 penerima lengkap dua dos. – Malaysiapost