Tak lagi bergelar menteri, Annuar Musa berkebun bersama gelandangan

Tak lagi bergelar menteri, Annuar Musa berkebun bersama gelandangan

HARI pertama tidak lagi bergelar menteri, Tan Sri Annuar Musa hari ini memulakan tugas sebagai Sukarelawan Prihatin kerana mahu membantu golongan gelandangan di ibu negara.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu memaklumkan pagi ini beliau turun berkebun bersama gelandangan di Anjung Kelana di ibu negara.

“Bagi menggantikan senaman pagi, saya memilih utk bersama gelandangan di Anjung Kelana turun berkebun.

“Alhamdulillah, kami mula menanam tembikai selain roselle, timun, terung, jagung, tebu, serai dan ulam-ulaman sedia ada. Semua gelandangan sudah menerima dua dos suntikan vaksinasi. Alhamdulillah,” katanya.

Semalam Annuar memaklumkan beliau mahu terus membantu golongan miskin, gelandangan dan mereka yang memerlukan.

Katanya, walaupun tidak lagi memegang jawatan menteri yang ‘dipinjamkan’ kepadanya, beliau akan terus membantu rakyat.

Hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) berakhir semalam selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta seluruh anggota Kabinet. – Malaysiapost

Komen