Umno, BN sudah sebulat suara pilih calon PM – Hishammuddin

UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah memilih satu nama dalam kalangan Ahli Parlimennya untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai calon Perdana Menteri yang baharu. 

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada media selepas hadir mesyuarat di bangunan Umno malam ini.

“Seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, yang penting ialah kestabilan, dan memuas hati semua pihak, kita tak nak tengok negara kita krisis berpanjangan, sampai bila?

“Kita tak boleh begini selama-lamanya, banyak kerja lain nak buat,” katanya. 

Ditanya siapakah calon PM yang dipilih sebulat suara oleh Umno itu, Hishammuddin enggan membuka mulut. 

“Itu kena tanya pada parti, biar Presiden atau Setiausaha Agung umumkannya. Yang pasti Umno dan BN sudah sebulat suara menentukan siapa calon PM baharu,” katanya. 

Terdahulu Umno dan BN mengadakan mesyuarat untuk menentukan calon yang akan dinamakan sebagai Perdana Menteri baharu malam ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights